SEJARAH PENUBUHAN

Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) merupakan sebuah syarikat awam berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. YDAB telah diperakui diperbadankan pada 7 Mac 2013. Penubuhan YDAB diilhamkan daripada program khas Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM oleh YBhg Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Tujuan penubuhan adalah untuk menyediakan pelbagai bantuan dalam bidang pendidikan kepada pelajar memerlukan mengikut kelayakan ditetapkan.

YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan penubuhan YDAB dan seterusnya bersetuju untuk menjadi Penaung Kehormat YDAB.

YDAB diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta). Seksyen 24 Akta membenarkan perkataan “Berhad” digugurkan dan digantikan dengan Institut/Akademi/Yayasan dengan kelulusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Borang 15 Akta.

Pentadbiran YDAB secara keseluruhanya dikawalselia oleh Lembaga Pemegang Amanah (LPA) yang telah dilantik. Pelantikan anggota LPA perlu mendapat kelulusan daripada Penaung Kehormat. Fungsi utama LPA termasuk menggubal dan menentukan kesesuaian dasar dan polisi YDAB dan membuat keputusan untuk setiap aktiviti YDAB.

Fungsi utama YDAB adalah untuk mempromosikan YDAB dan program – program yang dikendalikan kepada masyarakat kurang berkemampuan terutamanya di kawasan pedalaman. YDAB juga bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan pendidikan di zaman yang serba canggih dan moden.

YDAB terdiri daripada beberapa Jabatan/Unit. Jabatan/Unit di bawah YDAB adalah seperti berikut;

  • Jabatan Ketua Pegawai Eksekutif
  • Jabatan Korporat dan Komunikasi
  • Jabatan Pengurusan Program dan Acara
  • Jabatan Kewangan dan Pentadbiran
  • Jabatan Pembangunan Dana dan Biasiswa
  • Unit Kenderaan dan Keselamatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *