OBJEKTIF, MATLAMAT, MOTO & KONSEP PERLAKSANAAN

OBJEKTIF

 Objektif Jelajah Pendidikan Bumiputera dilaksanakan adalah bertujuan untuk:

  1. Mempromosi Pendidikan Bumiputera di kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan terutamanya masyarakat luar bandar, pendalaman dan miskin bandar.
  2. Membantu dalam mencari calon yang layak bagi memberi peluang kedua untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
  3. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat secara umum mengenai kepentingan pendidikan dalam arus pemodenan negara.

 

MATLAMAT

 Matlamat Jelajah Pendidikan Bumiputera ialah:

  1. Memberi peluang kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk melibatkan diri dan menyertai program Pendidikan Bumiputera secara menyeluruh.
  2. Memastikan kumpulan sasar dalam program Pendidikan Bumiputera tercapai.
  3. Menterjemah aspirasi YAB Perdana Menteri dalam membantu rakyat kurang berkemampuan terutama dalam bidang pendidikan tercapai.

 

MOTO

  1. Mencari kumpulan sasar iaitu kumpulan yang kurang berkemampuan di luar bandar, pendalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi tidak mempunyai kemampuan.
  2. Mengenalpasti secara lebih dekat dan terperinci kumpulan sasar ini seperti pekerjaan mereka, jumlah pendapatan dan tanggungan serta beberapa perkara berkaitan.
  3. Membantu kumpulan sasar ini dalam memenuhi impian mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi melalui Program Pendidikan Bumiputera.

 

 KONSEP PERLAKSANAAN

Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 yang dijalankan berkonsepkan aktiviti jelajah berkereta yang akan mencari, mengenal pasti, dan membantu masyarakat yang kurang berkemampuan dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, program  ini juga memfokuskan kepada sesi turun padang yang merangkumi sesi penerangan khas melalui kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin masyarakat tempatan.

Melalui Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 ini, pihak universiti awam, swasta, dan agensi-agensi pendidikan dan kemahiran telah membantu sebaik mungkin golongan yang telah dikenal pasti dengan memberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dan menyiapkan satu pengkalan data bagi memantau kejayaan program ini. Program yang terlaksana dianjurkan dengan kerjasama 10 Institut Pendidikan Tinggi Malaysia yang juga merupakan Rakan Strategik ialah seperti berikut:

  • Universiti Malaysia MARA (UiTM)
  • Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
  • Politeknik Malaysia
  • Giatmara Malaysia
  • Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Institut Kemahiran Mara (IKM) & Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
  • Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM)

Kementerian dan agensi kerajaan yang turut bekerjasama dalam program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 ialah:

  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA)
  • Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *