PENGENALAN JPB2016

Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 merupakan satu siri jelajah ke seluruh negara Malaysia dengan kerjasama badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan. Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 ini telah dianjurkan oleh Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia (GPBM), Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB), dan Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA). Jelajah Pendidikan Bumiputera dilaksanakan bertujuan untuk membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman, dan miskin bandar untuk diberi pendedahan dalam pendidikan. Ia juga merupakan kesinambungan kejayaan Program Jelajah Destini Anak Bangsa 2014 yang terdahulu dalam mengekalkan matlamat dan objektif yang sama iaitu membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Maka, Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 ini bermatlamat untuk mempromosi pendidikan tinggi dan menyediakan peluang kedua pengajian bagi golongan yang kurang berkemampuan dan pelajar-pelajar bumiputera yang kurang bernasib baik atau tercicir dalam melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Fokus utama siri jelajah ini adalah untuk memberi kesedaran pendidikan serta mengenal pasti kumpulan sasar seterusnya membantu mereka dalam meneruskan pembelajaran dan berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka dengan bantuan agensi-agensi kerajaan. Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 telah dibahagikan kepada 5 zon yang terlibat untuk dilaksanakan iaitu:

  1. Zon Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang)
  2. Zon Selatan (Johor dan Melaka)
  3. Zon Tengah (Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Perak)
  4. Zon Timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu)
  5. Zon Borneo (Sabah)

Program Jelajah Pendidikan Bumiputera ini melibatkan tempoh masa selama 2 bulan iaitu dari bulan Mac hingga Mei 2016 (kira-kira 75 hari) yang merangkumi 55 parlimen tumpuan dan disertai oleh 500 orang sukarelawan yang terdiri daripada:

  1. Jawatankuasa Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia (GPBM)
  2. Kakitangan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB)
  3. Ahli Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA)
  4. Pelajar Universiti
  5. Sukarelawan

Strategi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 mensasarkan seramai 150,000 peserta seluruh Malaysia yang terlibat dalam program terutamanya golongan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011-2015 dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tercicir dan 37,000 peserta yang berjaya ditawarkan tempat pengajian ke pelbagai rakan pendidikan tinggi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *