PROGRAM RAMADHAN KU – UITM KEDAH

Program Ramadhan Ku anjuran YDAB dengan kerjasama UiTM diteruskan lagi di lokasi kedua iaitu UiTM Kedah dengan kehadiran seramai 200 orang pelajar bertempat di Pusat Islam UiTM Kedah. Program ini turut dihadiri oleh Rektor UiTM Kedah, iaitu YBhg Dr Asmadi Mohd Ghazali. Program ini telah memberikan impak positif kepada pelajar dimana pelajar lebih mengenali YDAB dan memberi motivasi kepada pelajar melalui sesi perkongsian ilmu bersama YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali. Seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar miskin dan anak yatim menerima sumbangan ikhlas daripada YDAB bagi membantu meringankan beban pelajar sempena Aidilfitri yang akan tiba kelak.

Gambar 1: Sesi perkongsian ilmu bersama Ketua Pegawai Eksekutif YDAB
Gambar 1: Sesi perkongsian ilmu bersama Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali

 

Gambar 2: Sesi soal jawap bersama pelajar
Gambar 2: Sesi soal jawab bersama pelajar UiTM Kedah

 

Gambar 3: Sesi penyampaian sumbangan kepada pelajar miskin dan anak yatim
Gambar 3: Sesi penyampaian sumbangan kepada pelajar miskin dan anak yatim

 

 

PROGRAM RAMADHAN KU – UITM JOHOR

YDAB dengan kerjasama UiTM telah mengadakan program Ramadhan Ku  untuk lokasi yang pertama bagi tahun 2017 di UiTM Johor Kampus Segamat bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan 1438H ini.

Memasuki tahun ketiga penganjurannya, program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi keceriaan dan kemeriahan Ramadan bersama-sama dengan pelajar yang kurang berkemampuan disamping memperkenalkan YDAB kepada pelajar UiTM dan sesi perkongsian ilmu bersama Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali.

Berlokasi di Pusat Islam UiTM Johor, seramai 200 orang pelajar UiTM  hadir bagi memeriahkan program. Majlis ini turut dihadiri oleh Rektor UiTM Johor iaitu  YBhg Prof Madya Dr Azizan Abdullah, Timbalan Rektor HEA, YBhg Prof Madya Hj Kamel Taufiq Abdul Ghani, Timbalan Rektor HEP, YBhg En Mohd Khairul Ariff. Disamping itu, pihak YDAB turut menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada 50 orang pelajar miskin dan anak yatim bagi meringankan beban pelajar menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Gambar 1: Seramai 200 orang pelajar UiTM Johor hadir bagi memeriahkan Program Ramadhan Ku
Gambar 1: Seramai 200 orang pelajar UiTM Johor hadir bagi memeriahkan Program Ramadhan Ku

 

Gambar 2: Ucapan aluan daripada Rektor UiTM Johor, YBhg Prof Madya Dr Azizan Abdullah
Gambar 2: Ucapan aluan daripada Rektor UiTM Johor, YBhg Prof Madya Dr Azizan Abdullah

 

Gambar 3: Sesi perkongsian ilmu bersama YBhg Dato' Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif YDAB
Gambar 3: Sesi perkongsian ilmu bersama YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif YDAB

 

Gambar 4: Sesi penyampaian sumbangan Ramadhan kepada pelajar miskin dan anak yatim
Gambar 4: Sesi penyampaian sumbangan Ramadhan kepada pelajar miskin dan anak yatim

MAJLIS PELANCARAN JPB2016

Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 memulakan siri jelajah di lokasi pertama iaitu Negeri Selangor pada 21 Mac 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.

Memorandum Persefahaman Rakan Strategik Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 juga telah ditandatangani antara 10 Institut Pendidikan Tinggi yang meliputi Rakan Pendidikan Tinggi dan Rakan Institusi Kemahiran serta diiringi juga Bank Rakyat sebagai Rakan Penaja Utama sepanjang jelajah dijalankan. Memorandum Persefahaman tersebut ditandatangani dan diwakili oleh:

  1.  Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan Bin Said – Naib Canselor Universiti Teknologi Mara
  2. YB Tuan Haji Ahmad Nazlan Bin Idris – Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara
  3. Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar – Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik
  4. Datuk Mohd Rosdi Bin Hj. Ismail – Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara Malaysia
  5. Dato’ Amir Bin Md Noor – Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi
  6. Prof. Dato’ Mazliham Bin Mohd Su’ud – Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Teknikal Mara
  7. Abdul Aziz Bin Hassan – Pengarah Penganjuran Pelajaran Mara
  8. Tuan Haji Zainuddin Bin Yahaya – Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia dan Sukan
  9. Encik Jamal Harizan Bin Yang Razali – Pengarah Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan
  10. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B) – Pengerusi Bank Rakyat
Gambar 1: Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak menandatangani plak team siswa sempena Majlis Pelancaran Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016.
Gambar 1: Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak menandatangani plak team siswa sempena Majlis Pelancaran Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016.
Gambar 2: Upacara menandatangani Perjanjian Persefahaman oleh Jelajah Pendidikan Bumiputera, Rakan Strategik, dan penaja utama yang disaksikan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan menteri-menteri kabinet
Gambar 2: Upacara menandatangani Perjanjian Persefahaman oleh Jelajah Pendidikan Bumiputera, Rakan Strategik, dan penaja utama yang disaksikan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan menteri-menteri kabinet