Terkini dalam Yayasan

ayuh membentuk generasi berjaya!


YDAB mempunyai beberapa fungsi utama. Antaranya ialah;

  1. Menerima dan menyalurkan sumbangan kepada pelajar cemerlang melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) mengikut julat pendapatan dalam bentuk biasiswa,
  2. Mewujudkan kerjasama strategik dengan badan kerajaan dan swasta dalam memastikan objektif YDAB tercapai,
  3. Mengenalpasti dan memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,
  4. Merangka dan melaksanakan program-program yang dirasakan bersesuaian bagi mendapatkan dana untuk membiayai aktiviti YDAB, dan
  5. Memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan pendidikan.