KEMBARA MOTIVASI – KEM PLKN TERKOK, SG. SIPUT PERAK

Langkah Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) diteruskan lagi dengan menjejak Negeri Perak Darul Ridzuan demi memartabatkan pendidikan tinggi dalam kalangan anak bangsa. Menjunjung slogan “Inspirasi Pendidikan Anak Bangsa”, pihak (YDAB) dengan kerjasama Pejabat MDAB UiTM Shah Alam telah menjalankan Program Kembara Motivasi dalam memberi pendedahan tentang kepentingan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM di Kem Latihan Khidmat Negara Terkok, Perak. Program yang berlangsung selama sehari itu telah melibatkan seramai 200 orang pelatih PLKN Terkok dalam memberi hala tuju pendidikan tinggi kepada mereka yang terlibat. Timbalan Komander Latihan PLKN Terkok, Tuan Syed Abdul Rahman bin Syed Nengah dan seluruh pelatih PLKN yang terlibat menyambut baik kedatangan pihak YDAB dan MDAB sepanjang program berlangsung.

Gambar 1: Seramai 200 orang pelatih PLKN Terkok Sungai Siput, Perak mengikuti Program Kembara Motivasi YDAB dan MDAB
Gambar 1: Seramai 200 orang pelatih PLKN Terkok Sungai Siput, Perak mengikuti Program Kembara Motivasi YDAB dan MDAB
Gambar 2: Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDAB, Encik Mohd Nurul Hafiz Ibrahim bersama dengan Pengarah Pejabat MDAB, Prof Madya Mohd Hanafiah Harun dan Timbalan Pengarah Pejabat MDAB, Tuan Haji Karim Kasnan

Gambar 3:  Encik Nurul Hafiz Ibrahim menyampaikan ceramah mengenai halatuju selepas SPM kepada pelatih PLKN Terkok.
Gambar 3: Encik Nurul Hafiz Ibrahim menyampaikan ceramah mengenai halatuju selepas SPM kepada pelatih PLKN Terkok.
Gambar 4: Bergambar kenangan bersama Timbalan Komandan Kem PLKN Terkok
Gambar 4: Bergambar kenangan bersama Timbalan Komandan Kem PLKN Terkok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *