KEMBARA MOTIVASI – UiTM SRI ISKANDAR, PERAK

Pihak YDAB dan MDAB meneruskan Kembara Motivasi ke UiTM Sri Iskandar, Perak. Program yang berlangsung selama dua (2) jam itu disertai oleh para pelajar pra-diploma yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada Mac nanti. YBhg Prof. Madya Mohd Hanafiah Harun dan YBhg Encik Ahmad Shahril Azwan Abdul Rahim merupakan wakil speaker daripada Pejabat Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM yang menekankan mengenai persediaan menghadapi peperiksaan akhir dan proses penerapan ke Program Diploma. YBhg Encik Mohd Nurul Hafiz Ibrahim yang mewakili pihak YDAB pula menerangkan mengenai Insentif Dermasiswa Anak Bangsa (iDAB), iaitu bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Yayasan dalam membantu mereka menyambung pelajaran ke peringkat selanjutnya.

Gambar 1: Pelajar Pra Diploma MDAB tekun mendengar taklimat dan motivasi yang disampaikan oleh wakil daripada YDAB dan Pejabat MDAB UiTM
Gambar 1: Pelajar Pra Diploma MDAB tekun mendengar taklimat dan motivasi yang disampaikan oleh wakil daripada YDAB dan Pejabat MDAB UiTM

 

Gambar 2: Prof Madya Mohd Hanafiah Harun, Pengarah Pejabat MDAB UiTM memberi taklimat dan motivasi berkenaan persediaan serta kaedah pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan kepada pelajar.
Gambar 2: Prof Madya Mohd Hanafiah Harun, Pengarah Pejabat MDAB UiTM memberi taklimat dan motivasi berkenaan persediaan serta kaedah pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan kepada pelajar.

 

Gambar 3: Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDAB, Encik Mohd Nurul Hafiz Ibrahim menerima cenderhati dari Koordinator MDAB UiTM Sri Iskandar Perak.
Gambar 3: Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDAB, Encik Mohd Nurul Hafiz Ibrahim menerima cenderhati dari Koordinator MDAB UiTM Sri Iskandar Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *