KEMBARA MOTIVASI – UITM MACHANG, KELANTAN

Setelah menjejakkan kaki ke UiTM Sri Iskandar, Perak minggu lalu, Kembara Motivasi YDAB telah bergerak ke negeri Cik Siti Wan Kembang pula.Berbekalkan objektif untuk memberikan titipan keyakinan kepada pelajar MDAB yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada Mac ini, pendekatan motivasi serta penunjuk arah dalam hala tuju penerapan Diploma juga dirangkum dengan baik oleh pihak pejabat MDAB UiTM Shah Alam dalam program yang berlangsung selama dua jam di UiTM Machang, Kelantan itu. Pihak YDAB yang turut hadir pada program tersebut pula menerangkan mengenai peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan yang bakal diberikan kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir pra-diploma, iaitu Insentif Dermasiswa Anak Bangsa (iDAB). Selain daripada program motivasi kepada para pelajar, Pihak YDAB dan MDAB juga mengambil peluang untuk bertemu mata dan mencerna idea bersama pihak pengurusan UiTM Kelantan dalam mencorak pendekatan terbaik kepada mahasiswa bersama Pihak Pengurusan UiTM Kelantan.

Gambar 1: Mesyuarat bersama Unit MDAB UiTM Cawangan Kelantan yang mempertengahkan isu dan permasalahan pelajar Pra Diploma MDAB
Gambar 1: Mesyuarat bersama Unit MDAB UiTM Cawangan Kelantan yang mempertengahkan isu dan permasalahan pelajar Pra Diploma MDAB

 

Gambar 2: Pelajar Pra Diploma MDAB UiTM Machang Kelantan tekun mendengar taklimat bantuan kewangan oleh Encik Mohd Asrul Bin Abu Seman, Pegawai Eksekutif Projek YDAB
Gambar 2: Pelajar Pra Diploma MDAB UiTM Machang Kelantan tekun mendengar taklimat bantuan kewangan oleh Encik Mohd Asrul Bin Abu Seman, Pegawai Eksekutif Projek YDAB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *