KEMBARA MOTIVASI – KAMPUNG KENANG, SG. SIPUT PERAK

Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) kini mengorak langkah seterusnya dalam mendekati masyarakat orang asli di Sungai Siput, Perak. Langkah pertama yang diambil dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak (JAKOA) dan Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), Universiti Teknologi Mara tersebut adalah bertujuan untuk mendedahkan kepentingan pendidikan tinggi dalam kalangan masyarakat orang asli di sini.

Kehadiran Yayasan Destini Anak Bangsa dengan kerjasama Pejabat Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM ternyata mendapat sambutan baik oleh Tok Batin serta seluruh masyarakat orang asli Kampung Kenang. Selaras dengan visi penubuhan YDAB iaitu mempromosikan pendidikan tinggi dalam kalangan masyarakat kurang berkemampuan terutamanya kawasan pedalaman dan golongan miskin di bandar, program yang berlangsung selama sehari itu dimeriahkan dengan kehadiran calon-calon Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia 2014 (SPM) dalam memberi motivasi serta penerangan dan hala tuju bagi mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dimensi YDAB bersama orang asli ini bakal diteruskan lagi ke seluruh Malaysia dalam memberi input yang berkesan dalam mengubah destini anak bangsa ke arah yang lebih baik.

Gambar 1: Bergambar Kenangan bersama Encik Nordin Bin Me dan Ketua sukarelawan KL Volunteer, Encik Ahmad di Pejabat JAKOA Sg Siput, Perak
Gambar 1: Bergambar Kenangan bersama Encik Nordin Bin Me, Pegawai JAKOA dan Ketua sukarelawan KL Volunteer, Encik Ahmad di Pejabat JAKOA Sg Siput, Perak
Gambar 2: Sebahagian daripada ibu bapa dan pelajar yang hadir mendengar motivasi dan taklimat penerangan kemasukan ke Program MDAB
Gambar 2: Sebahagian daripada ibu bapa dan pelajar yang hadir mendengar motivasi dan taklimat penerangan kemasukan ke Program MDAB
Gambar 3: Pelajar sedang meneliti borang permohonan ke Pra Diploma MDAB yang di edarkan oleh Pejabat MDAB UiTM
Gambar 3: Pelajar sedang meneliti borang permohonan ke Pra Diploma MDAB yang di edarkan oleh Pejabat MDAB UiTM
Gambar 4: Encik Mohd Nurul Hafiz Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDAB memberi penerangan hala tuju pelajar selepas SPM
Gambar 4: Encik Mohd Nurul Hafiz Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDAB memberi penerangan hala tuju pelajar selepas SPM
Gambar 5: Bergambar kenangan bersama masyarakat Orang Asli Kampung Kenanga yang bersama-sama menjayakan Program Kembara Motivasi YDAB
Gambar 5: Bergambar kenangan bersama masyarakat Orang Asli Kampung Kenanga yang bersama-sama menjayakan Program Kembara Motivasi YDAB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *