TAKLIMAT KAUNSELOR SEKOLAH MENENGAH NEGERI TERENGGANU

Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama UiTM Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengadakan Taklimat kepada Kaunselor-Kaunselor Sekolah Di seluruh Negeri Terengganu. Program yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali ini mendapat sambutan baik daripada semua Kauselor dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). Tujuan taklimat ini diadakan bagi memperkenalkan Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) kepada kaunselor-kaunselor sekolah menengah negeri Terengganu di samping dapat menjalinkan hubungan baik dengan mereka dan seterusnya menjadi platform kepada kaunselor-kaunselor sekolah menengah negeri Terengganu untuk berkongsi dan mendapatkan maklumat mengenai YDAB dan UiTM. Selain dari itu Pihak YDAB juga turut memberikan taklimat bantuan kewangan yang disediakan oleh  YDAB yang di sampaikan oleh Encik Mohd Asrul Bin Abu Seman selaku Pegawai Eksekutif Projek YDAB. Ini bagi memberi gambaran kepada kauselor dalam memberi hala tuju kepada pelajar sekolah selepas SPM. Program yang bermanfaat ini telah melakar satu usaha baru yang berterusan dalam membantu anak bangsa demi mengubah destini mereka di masa hadapan.

Gambar 1: Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali menyampaikan ucapan aluan serta merasmikan Taklimat Kaunselor Sekolah Menengah Negeri Terengganu
Gambar 1: Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali menyampaikan ucapan aluan serta merasmikan Taklimat Kaunselor Sekolah Menengah Negeri Terengganu

 

Gambar 2: Jemputan yang hadir sedang mendengar taklimat daripada Penolong Pendaftar Pejabat MDAB UiTM Shah Alam mengenai Program MDAB
Gambar 2: Jemputan yang hadir sedang mendengar taklimat daripada Penolong Pendaftar Pejabat MDAB UiTM Shah Alam mengenai Program MDAB

 

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *