PROGRAM UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2014

Pembangunan masyarakat di luar bandar adalah merupakan salah satu agenda yang sangat penting untuk diperkasakan dalam merealisasikan hasrat Y.A.B Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia iaitu “Satu Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dalam usaha untuk menjadi sebuah negara membangun dan maju. Rakyat Malaysia terutamanya golongan mahasiswa perlu menyahut seruan murni ini untuk turut bersama mengalas tanggungjawab agar pembangunan masyarakat yang lestari dapat terus dijayakan.

Program ini bertujuan menyemarakkan semangat ingin belajar dalam diri pelajar sekolah-sekolah. Mahasiswa merupakan model untuk mereka lebih berjaya pada masa akan datang. Pelajar akan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang yang mereka minati. Menjadi tanggungjawab semua mahasiswa untuk memupuk minat dalam diri setiap pelajar dan mendedahkan segala maklumat tentang bidang yang mereka bakal ceburi pada masa akan datang supaya mereka tidak silap membuat pilihan untuk masa depan mereka.

Selain itu, program ini akan juga menjadi mekanisma yang terbaik kepada mahasiswa untuk membentuk sahsiah diri yang baik dan menjadi insan yang mempunyai etika diri serta berintegriti. Penganjuran program ini juga secara tidak langsung dapat membantu mahasiwa dalam membentuk kemahiran generik seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran secara analitik dan kritis, penyelesaian masalah, bekerja dalam kumpulan dan adaptability.

Gambar 1: YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali di arak oleh kanak-kanak di SK To’ Uban sempena Gempur Motivasi Khas di Parlimen Ketereh
Gambar 1: YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali di arak oleh kanak-kanak di SK To’ Uban sempena Gempur Motivasi Khas di Parlimen Ketereh

 

Gambar 2: YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali menyampaikan ceramah kepada pelajar tentang kepentingan pendidikan
Gambar 2: YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali menyampaikan ceramah kepada pelajar tentang kepentingan pendidikan

 

Gambar 3: YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif YDAB bergambar kenangan bersama barisan guru SK To’ Uban.
Gambar 3: YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif YDAB bergambar kenangan bersama barisan guru SK To’ Uban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *