PROGRAM RAMAH MESRA YDAB-PNB BERSAMA PENERIMA iDAB

Program Ramah Mesra YDAB & PNB Bersama Penerima Inesntif Dermasiswa Anak Bangsa (iDAB) 2014 yang disertai oleh penerima Insentif Dermasiswa Anak Bangsa (i-DAB) ini merupakan salah satu platform bagi melihat prestasi pelajar dan memberi suntikan motivasi kepada pelajar untuk mengekalkan kecemerlangan.Program yang berlangsung secara berperingkat di setiap zon ini telah dipersetujui oleh pihak YDAB dan PNB. Bagi Zon Selatan (UiTM Melaka & UiTM Johor), Zon Utara (UiTM Perlis, Pulau Pinang & UiTM Kedah), Zon Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu), Zon Borneo (UiTM Sabah & UiTM Sarawak) serta UiTM Perak.  Program ini juga melibatkan kesemua penerima Insentif Dermasiswa Anak Bangsa daripada Sembilan (9) kampus UiTM di Semenanjung Malaysia bersama pihak penaja, Permodalan Nasional Berhad serta pihak penganjur, Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB). Fasa pertama bermula pada 23 Ogos 2014 di UiTM Johor Kampus Segamat  dengan penyertaan pelajar seramai 25 orang penerima Insentif Dermasiswa Anak Bangsa diikuti dengan UiTM Melaka Kampus Alor Gajah pada 24 Ogos 2014 dengan penyertaan seramai 41 orang pelajar. Program ini sedikit sebanyak membantu penerima IDAB untuk mengenali dengan lebih dekat penaja utama mereka iaitu Permodalan Nasional Berhad dan Yayasan Destini Anak Bangsa. Selain itu melalui program ini ianya secara tidak lansgung dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar dan penaja seterusnya membantu mereka memotivasikan diri kearah meneruskan kecemerlangan di masa hadapan.

UiTM Johor

1

2

3

4

 

UITM MELAKA

5

7

UITM PAHANG

8

9

10


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *