PROGRAM RAMAH MESRA YDAB-PNB BERSAMA PENERIMA IDAB ZON UTARA

Program Ramah Mesra YDAB & PNB Bersama Penerima I-DAB diteruskan lagi bagi fasa kedua di Zon Utara yang terdiri dari 46 orang penerima IDAB UiTM Kedah, 12 orang penerima UiTM Pulau Pinang, dan 2 orang daripada  UiTM Perlis. Program bersama Penerima Insentif Dermasiswa Anak Bangsa (i-DAB) ini menjadi sebagai satu platform bagi melihat prestasi pelajar dan memberi suntikan motivasi kepada pelajar untuk mengekalkan kecemerlangan.Program yang berlangsung secara berperingkat di setiap zon ini telah dipersetujui oleh pihak YDAB dan PNB. Program ini sedikit sebanyak membantu penerima IDAB untuk mengenali dengan lebih dekat penaja utama mereka iaitu Permodalan Nasional Berhad dan Yayasan Destini Anak Bangsa. Selain itu, melalui program ini ianya secara tidak lansgung dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar dan penaja seterusnya membantu mereka memotivasikan diri kearah meneruskan kecemerlangan di masa hadapan.

Gambar 1: Cik Nur Izati binti Saa’don selaku wakil YDAB memberikan penerangan tentang YDAB dan Insentif Dermasiswa Anak Bangsa kepada Penerima IDAB Zon Utara.
Gambar 1: Cik Nur Izati binti Saa’don selaku wakil YDAB memberikan penerangan tentang YDAB dan Insentif Dermasiswa Anak Bangsa kepada Penerima IDAB Zon Utara.

 

Gambar 2: Encik Zamani Abdullah selaku Naib Presiden Bahagian Pembangunan Pendidikan PNB menyampaikan taklimat mengenai PNB kepada penerima IDAB.
Gambar 2: Encik Zamani Abdullah selaku Naib Presiden Bahagian Pembangunan Pendidikan PNB menyampaikan taklimat mengenai PNB kepada penerima IDAB.

 

Gambar 3: Para pelajar sangat memberikan kerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya sepanjang program berlangsung.
Gambar 3: Para pelajar sangat memberikan kerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya sepanjang program berlangsung.

 

Gambar 4: Penerima IDAB Zon Utara diminta untuk membentangkan dan menerangkan semula tentang PNB mengikut kefahaman masing-masing dalam slot LDK.
Gambar 4: Penerima IDAB Zon Utara diminta untuk membentangkan dan menerangkan semula tentang PNB mengikut kefahaman masing-masing dalam slot LDK.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *