PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN KEPADA MANGSA GEMPA BUMI DI RANAU SABAH

Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) kini terpanggil untuk meneruskan misi bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Daerah Ranau Sabah untuk meringankan beban masyarakat setempat yang terjejas akibat daripada bencana tersebut sekitar bulan Jun yang lalu. Fenomena alam ini telah menyebabkan pelbagai musibah melanda masyarakat setempat termasuk kehilangan nyawa dan harta benda. Oleh yang demikian pihak YDAB dengan kerjasama Pemuda UMNO Daerah Ranau Sabah telah mengadakan satu program khas bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat setempat serta keluarga Malim Gunung yang terkorban bagi meringankan beban mereka.

Gambar 1: Seramai 100 orang masyarakat setempat yang terjejas termasuk ahli keluarga Malim Gunung yang terkorban hadir ke Program Penyerahan Bantuan Mangsa Gempa Bumi ini yang diadakan di Dewan Pekan Kundasang.

Gambar 2: YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali menyampaikan sumbangan kepada wakil Malim Gunung iaitu Mr. Richard
Gambar 2: YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali menyampaikan sumbangan kepada wakil Malim Gunung iaitu Mr. Richard

Gambar 3: Sesi bergambar kenangan bersama wakil Pemuda UMNO daerah Ranau Sabah dan Pengerusi Malim Gunung.
Gambar 3: Sesi bergambar kenangan bersama wakil Pemuda UMNO daerah Ranau Sabah dan Pengerusi Malim Gunung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *