JPB 2017 – PARLIMEN LARUT

LARUT, 29 APRIL – Misi Jelajah Pendidikan Bumiputera diteruskan lagi di Parlimen Larut bertempat di SMK Dato’ Haji Hussien, Selama, Perak.  Program ini telah sempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Merangkap Ahli Parlimen Larut.

YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin dalam ucapan beliau menekankan soal kepentingan ilmu pendidikan kepada generasi muda masa kini. Dengan adanya tanggungjawab dari pihak kerajaan melalui program JPB 2017, ia mampu mencorak destini anak-anak bangsa Melayu khususnya untuk berjaya pada masa hadapan.  Di samping itu, beliau juga turut berasa bangga kerana anak-anak muda di Parlimen Larut yang hadir ke program JPB sangat bersemangat serta menunjukkan keinginan untuk merebut peluang menyambung pengajian.

Beliau turut memuji sikap YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang berani memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera dengan mewujudkan program pendidikan seperti ini.  Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera dan juga kepada Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) kerana mejalankan serta merealisasikan program pendidikan seperti ini.  Beliau berharap program seperti ini akan terus diadakan pada tahun-tahun yang akan datang kerana melalui program seperti ini dapat membantu membela nasib anak Melayu dan Bumiputera.  Beliau menganggarkan seramai 1000 orang anak-anak Parlimen Larut yang hadir ke program JPB di berikan tempat melanjutkan pelajaran seperti yang dijanjikan.

Selain itu, program JPB di Parlimen Larut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seramai 400 orang.  Persatuan wanita UMNO juga turut menghantar wakil seramai 50 orang dan juga pelatih PLKN seramai 60 orang.  Suasana di luar dewan SMK Dato’ Haji Hussien turut meriah dengan adanya beberapa pembukaan booth daripada 13 Universiti Awam (UA) dan Rakan Strategik JPB  serta Yayasan Bank Rakyat, Francais Malaysia (FM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menawarkan perkhidmatan sampingan kepada pengunjung yang hadir.

 

Gambar 2: Gimik perasmian di Parlimen Larut yang telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.
Gambar 3: Para pelatih PLKN yang turut merebut peluang mengisi borang permohonan menyambung pengajian.
Gambar 4: Booth Pameran dari Giatmara membawa pelatih-pelatih yang bergelar ‘chef’ professional dalam bidang kemahiran kulinari untuk dijadikan contoh kepada adik-adik Larut, Perak.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *