MAJLIS PENUTUP JPB 2017 DI BAGAN DATUK, PERAK

BAGAN DATUK 30 April – Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) yang menawarkan peluang kedua untuk meneruskan pengajian di pe­ringkat pendidikan tinggi adalah program untuk rakyat dan bukan merupakan agenda pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya program itu bertujuan mencari, mengenal pasti serta membantu pelajar khususnya dalam kalangan keluar­ga kurang berkemampuan bagi memastikan tiada seorang pun yang tercicir.

Beliau berkata, generasi akan datang juga perlu sama-sama membantu negara ke arah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan merealisasi sasaran Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menetapkan Malaysia menjadi 20 negara terbaik di dunia.

“TN50 bukan untuk kepentingan Perdana Menteri tetapi untuk anak bangsa. Kita ketepikan perbezaan biarpun kita Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan kerana kita adalah rakyat Malaysia bagi mencapai mobiliti sosial secara vertikal.

“Kita bukan kelawar. Musim buah, ada buah, tiada buah, kita tetap datang turun memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya yang berucap dalam majlis penutupan Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang di sini hari.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Induk program itu, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Program jelajah tersebut yang berlangsung di 44 lokasi terpilih seluruh negara sejak 11 Mac lalu, telah mengeluarkan sebanyak 60,000 surat tawaran pengajian kepada pelajar mengikut kelayakan ditetapkan selain bertemu dengan kira-kira 238,000 masyarakat setempat.

Gambar 1: Ketibaan pemimpin yang amat disayangi dan disanjungi seluruh rakyat Malaysia, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di program Jelajah Pendidikan Bumiputera, SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak.

 

Gambar 2: YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia menyampaikan ucapan sekaligus menyempurnakan gimik penutup program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 di SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak.

 

Gambar 3: Gimik Acara Penutup Program Jelajah Pendidikan Bumiputera yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di program Jelajah Pendidikan Bumiputera, SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak.

 

Gambar 4: Sesi penyerahan cek hadiah kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada anak-anak Bagan Datuk yang memperolehi keputusan cemerlang SPM 2016.
Gambar 5: Para pengunjung dan sekretariat JPB bergambar kenangan bersama YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan tetamu kehormat yang lain sebelum majlis berakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *