Program Ramadhan Ku anjuran YDAB dengan kerjasama UiTM diteruskan lagi di lokasi kedua iaitu UiTM Kedah dengan kehadiran seramai 200 orang pelajar bertempat di Pusat Islam UiTM Kedah. Program ini turut dihadiri oleh Rektor UiTM Kedah, iaitu YBhg Dr Asmadi Mohd Ghazali. Program ini telah memberikan impak positif kepada pelajar dimana pelajar lebih mengenali YDAB dan memberi motivasi kepada pelajar melalui sesi perkongsian ilmu bersama YBhg Dato’ Mohd Aizuddin Bin Mohd Ghazali. Seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar miskin dan anak yatim menerima sumbangan ikhlas daripada YDAB bagi membantu meringankan beban pelajar sempena Aidilfitri yang akan tiba kelak.


